Background Image

Blog Post

Oct 01

Berhati-hati, kes samun kian meningkat


Salam & Salam Madani

Peringatan kepada semua untuk berhati-hati ketika berada diluar kerana kes samun yang kian meningkat. Minggu lepas salah seorang ahli MyOPECS sendiri dipukul dan disamun henfon, laptop dan sejumlah wang tunai.

Sebagai langkah-langkah keselamatan, ikuti langkah-langkah ini:

Fizikal:
1. Elakkan berjalan berseorangn
2. Jika berseorangan, kerap berjalan ditempat orang ramai
3. Elakkan bawa wang tunai yang banyak
4. Sediakan pepper spray jika mampu

Digital:
1. Pastikan setiap henfon login GMail/AppleId dan ingat/tulis email dan password (dirumah)
2. Pastikan henfon ada pin lock / biometric lock
3. Elakkan bawa debit/credit card, gunakan ewallet
4. Pastikan simkad berdaftar atas nama dan no IC sendiri

Prosedur jika telah disamun:
1. Dapatkan pertolongan dan laporkan pada polis
2. Sepantas mungkin terus recover simkad
3. Dapatkan komputer login Gmail/AppleId untuk trace device
4. Recover semua akaun2 ewallet dan banking

Kalau bernasib baik, kurang 2-3 hari henfon masih aktif mungkin masih boleh trace kedudukan device tersebut. Apa-apa pun jika tidak mampu, jangan melawan, elakkan sebarang kecederaan pada diri anda.


 
Add Comment:
Please login or register to add your comment or get notified when a comment is added.
2 people will be notified when a comment is added.